|
AboutAhlan wa sahlan
Extras and historyContact info
msn : ahmadybm@hotmail.com
Past posts by month
October 2007 /
November 2007 /
December 2007 /
January 2008 /
February 2008 /
March 2008 /
April 2008 /
May 2008 /
June 2008 /
July 2008 /
August 2008 /
September 2008 /
October 2008 /
November 2008 /
December 2008 /
January 2009 /
February 2009 /
March 2009 /
May 2009 /
June 2009 /
September 2009 /
Past posts by entries
Every time I book in or out from camp.this song wi... /
/
Everyday in the morningit's the greatest sight to ... /
This is my farewell post.This is dedicated to all ... /
Salam to all,I've been longing to blog for a while... /
the various maqaam or simply put, melodies, in Ara... /
What is Khushuu'?Khushuu' during Salaat is misunde... /
Do you feel khusyuk by the melodious voice or by t... /
Jalaluddin al-Suyuti (d. 911 A.H.) He is considere... /
ITS THE LOVING SEASONTelah diriwayatkan daripada S... /
TagboardLinksFavorites
link .
link .
link .
Links;
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
link .
| Everyday story6:05 PM - Tuesday, April 29, 2008
Kisah Rasulullah sebagai pengajaran 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.' 'Aku tidak bertanya alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 8:28 PM - Monday, April 28, 2008
Salam Alhamdullilah syukur.Its coming to the third week of school.Tons and tons of new project from 3 different module.InsyaAllah with his guidance,it can be done successfully.Im sure today val will be the most happiest girl in our class as wawa is back.I'm pretty much surprised too.So here it goes WELCOME back wawa! and for val, hope you will get to know the guy better yeah. I have been busy with organizing a Family BBQ this may for all my relatives.We have come out with a committee for the event,that is consist of My sis,My 2 Nieces and myself.This just reminded me of my Event Management Module.Being the only male,I have to stand on my decisions firmly. So yesterday after jamiyah went to my uncles house for a maulidur rasul event.Tabarakallah, the muis mufti syed isa semait,Habib hassan al-atas,as-sayyid as-syekh Afeefuddin al-gaylani and there were many more other habib and syekh from afew countries.Just for your info Syekh Afeefuddin is the 19th direct descendant of the famous scholar and saint of Islam, Shaykh Abdul Qadir al-Gaylani (1077-1166 AD/472-561Hijrah). So for those who wonder how he looked like,the picture above is his picture.His voice is simply mellifluous.
InsyaAllah I will update more in near future.Wasalam. 1:51 AM - Wednesday, April 2, 2008
Salam Hi, to all my readers. Been busy with work lately and for the mean time, here's a selawat for share.Try it.The meaning is in malay. اللهمّ صَلِّ علا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah." |
|