About

Extras and history

Tagboard

Links

Everyday story
10:33 PM
- Monday, July 28, 2008
SIAPA LAGI MULIA???'


HAI MANUSIA ANJING………....

LEMBU : Hai anjing, apa khabar? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang
sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus
melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.
Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disertu. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa?
Boleh ke nak sertu dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa

ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disertu.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la!...

Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa:

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)






On another note, Chek Jawa event by the management of Ubin Boyz went well.Alhamdullilah! Thanks for the support from those who turn up.We really appreciate your participation and enthusiasm in each and every activity organise. SL is still the best class. For those who didn't turn up. Its your lost! Bye