About

Extras and history

Tagboard

Links

Everyday story
8:29 AM
- Tuesday, September 9, 2008
Fitnah

Sebuah kisah tentang Siti 'Aishah, isterinya Muhammad SAW.

Pada suatu ketika,Siti 'Aishah tertinggal dari rombongan Nabi saw ketika kembali dari satu peperangan, di suatu tempat kerana mencari kalungnya yang hilang, kemudian datang Safwan bin Mu'atta menjemputnya menaiki untanya untuk ke madinah. Setelah sampai di Madinah,seorang munafik yang bernama Abdullah bin Ubay menuduh `Aishah berzina dengan Safwan.
Satu fitnah yang cukup memalukan, dan menggemparkan masyarakat Madinah pada waktu itu, peristiwa yang terkenal dengan "Hadisul ifki (kabar bohong)". Demikian hebat fitnah yang dilancarkan, dan demikian banyak gangguan yang menyakitkan hati yang ditujukan kepada Siti 'Aishah. Dikhabarkan, 'Aishah tidak dapat tidur dengan lena dan jatuh sakit selama sebulan hingga fitnah itu diselesai dengan turunnya firman Allah dalam surah Ali imran ayat 186.
Abdullah Bin Ubay tidak dihukum kerana pangkatnya di Madinah, tetapi beliau adalah antara sahabat yang munafiq.